Go to

Rawatan Ekzema

Ekzema (atau dermatitis atopik) merupakan sejenis penyakit kulit yang dicirikan kulit mengalami kemerahan, kegatalan, kulit bersisik atau beretak. Muka surat ini adalah berbincang tentang rawatan ekzema.

Rawatan ekzema masih tidak dapat diketahui dengan sepenuhnya. Namun, wujudnya rawatan untuk merawati (atau mencegahi) gejala-gejala dan kesan-kesan negatif ekzema. Senarai rawatan adalah seperti berikutnya. Oleh kerana keadaan ekzema adalah berbeza antara satu sama lain, adalah dinasihatkan supaya berbincang dengan doktor berkaitan dengan maklumat dan cadangan yang selanjutnya.

Peringatan: Oleh kerana ekzema tidak teruk terhadap sesetengah dewasa, namun ia dapat mempengaruhi bayi dan kanak-kanak. Jika berlakunya tanda-tanda atau gejala-gejala pada anak anda, sila membawa dia berjumpa dengan doktor secepat mungkin.

Ubat-ubatan

  • Sesetengah ubat-ubatan aplikasi luaran akan mengurangkan kegatalan dan menggelakkan daripada keradangan. Ubat-ubatan seperti ini digunakan berserta dengan kain basah pada bahagian permukaan yang cedera. Kulit akan bertambah serius jika menggunakan ubat-ubatan seperti ini secara berlebihan.

  • Ubat-ubatan oral atau suntikan boleh digunakan untuk mengawal keradangan dan kegatalan. Penggunaan dalam jangka panjang akan membawa kesan sampingan. Oleh itu, hanya sesuai digunakan untuk kes teruk dan tidak digalakkan guna dalam masa jangka panjang.

  • Antibiotik boleh digunakan untuk merawat atau mencegah jangkitan bakteria

  • Terdapat ubat-ubatan oral yang digunakan bagi mengurangkan kegatalan dan mengawal sistem imun.

  • Peringatan: Pengambilan ubat-ubatan yang dinyatakan di atas haruslah mendapatkan nasihat dan pengesahan daripada doktor yang berkenaan terdahulu.

Terapi cahaya

  • Terapi cahaya mendedahkan kulit yang terjejas kepada ultraungu (UV), sama ada dibekalkan daripada matahari atau daripada peranti perubatan.

  • Menggunakan terapi cahaya dalam tempoh masa yang panjang akan membawa kesan sampingan, seperti kanser kulit. Terapi cahaya tidak boleh dilakukan dalam kalangan bayi dan budak-budak.

Lain-lain

  • Rawatan untuk kesan yang tertentu

  • Kaunseling terhadap tekanan dan rasa malu

  • Akupunktur atau Perubatan Cina

  • Pengambilan makanan tambahan (seperti Vitamin D dan E, zink, selenium, dan pelbagai minyak tumbuhan)

  • Aromaterapi

  • Terapi mandi

  • Terapi Urut


Peringatan : Oleh kerana eczema tidak dapat diubati dengan sepenuhnya, adalah penting bahawa keadaannya diatasi dengan teliti. Sila baca “Cara Mengatasi & Menguruskan” untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya.

Mencari klinik-klinik Rawatan Ekzema & Psoriasis yang dekat lokasi anda?

Semua maklumat yang diberikan di laman ini adalah umum dan bertujuan untuk tujuan pendidikan sahaja.
Go to
Ikut Kami