Go to

Gejala-gejala & Kesan-kesan Ekzema

Ekzema (atau dermatitis atopik) merupakan sejenis penyakit kulit yang dicirikan kulit mengalami kemerahan, kegatalan, kulit bersisik atau beretak. Muka surat ini adalah berbincang tentang tanda-tanda, gejala-gejala, dan kesan-kesan ekzema.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala Ekzema

Masalah ekzema boleh berlaku sejak kecil lagi, sesetengah daripada mereka hanya dapat berpulih dengan sepenuhnya apabila dewasa nanti. Selain itu, ekzema juga akan berpulih secara semulajadi, ia juga berkemungkinan berulang dan mempengaruhi bahagian badan yang lain. Gejalanya adalah seperti berikut. Individu yang berbeza mempunyai gejala ekzema yang berlainan.

Peringatan: Disebabkan gejala ekzema adalah serupa dengan penyakit kulit yang lain, adalah dinasihatkan bahawa mendapatkan pemeriksaan daripada doktor yang berkenaan.

  • Kegatalan

    Kulit akan mengalami kegatalan terutamanya pada waktu malam

  • Kemerahan

    Kulit akan mengalami kemerahan dan seterusnya tompok coklat-kelabu.

  • Kulit yang kering dan bersisik

    Kulit akan menjadi kering, mengalami keretakan, bengkak, menjadi tebal dan lain-lain lagi.

  • Lain-lain

    Menggaru dan menggosok pada bahagian yang cedera secara berlebihan akan menjadikan kulit nipis dan sensitif, dan berkemungkinan akan dijangkiti kuman.

Kesan-kesan Ekzema

Kesan negatif ekzema adalah seperti berikutnya.

  • Kulit Alergi

    Ubat untuk eczema, kortikosteroid dapat menyebabkan alahan pada sesetengah orang.

  • Asma dan Demam Alergi

  • Masalah Mata

    Oleh kerana kulit pada sekitar mata adalah lebih nipis dan sensitif, eczema akan menyebabkan kegatalan pada bahagian tersebut. Since the skin around the eyes is often thinner and more sensitive, eczema may cause severe itching around the eyes. Menggaru dan menggosok pada bahagian yang cedera secara berlebihan akan mengundang pelbagai jenis masalah mata, seperti masalah mata dan masalah penglihatan.

  • Jangkitan Kulit

    Menggaru atau menggosok kulit yang tercedera secara berlebihan akan mengakibatkan jangkitan kuman

  • Masalah Tidur

    Kegatalan yang teruk akan menjejaskan qualiti tidur.

  • Kesihatan Psikologi/Emosi

    Qualiti tidur yang rendah dan rasa malu terhadap keadaan kulit yang teruk akan mengundang masalah emosi, seperti keyakinan diri yang rendah, kemurungan, kebimbangan dan sebagainya.

Mencari klinik-klinik Rawatan Ekzema & Psoriasis yang dekat lokasi anda?

Semua maklumat yang diberikan di laman ini adalah umum dan bertujuan untuk tujuan pendidikan sahaja.
Go to
Ikut Kami