Go to

Cara Mengatasi & Menguruskan Ekzema

Ekzema (atau dermatitis atopik) merupakan sejenis penyakit kulit yang dicirikan kulit mengalami kemerahan, kegatalan, kulit bersisik atau beretak. Muka surat ini adalah berbincang tentang cara mengatasi dan menguruskan ekzema.

Ekzema tidak dapat dirawati dengan sempurna. Oleh itu, pentingnya untuk mengatasi dan menguruskan keadaan eczema. Cadangan-cadangan untuk menggelakkan daripada ekzema adalah seperti berikut.

  • Elakkan daripada menggaru kulit.

  • Menjaga kebersihan diri untuk menggelakkan jangkitan kuman.

  • Menggunakan produk pelembap untuk menggelakkan daripada kulit yang kering.

  • Elakkan daripada menggunakan perengsa seperti sabun, dan produk yang tidak sesuai.

  • Jangan mandi dengan air panas, digalakkan menggunakan air suam dan jangan mandi terlalu lama.

  • Pilih pakaian yang selesa bagi mengelakkan daripada geseran yang berlebihan dan mengeluarkan peluh yang berlebihan.

  • Elakkan daripada tekanan psikologi, berjumpa dengan psikiatri atau kaunselor jika diperlukan.

  • Elakkan daripada alergen seperti bulu, debunga dan sebagainya.

Peringatan: Disebabkan gejala ekzema adalah berbeza mengikut keadaan individu, adalah dinasihatkan bahawa mendapatkan pemeriksaan daripada doktor yang berkenaan. Seterusnya, mencegahlah faktor-faktor tersebut yang dapat mempengaruhi anda.

Mencari klinik-klinik Rawatan Ekzema & Psoriasis yang dekat lokasi anda?

Semua maklumat yang diberikan di laman ini adalah umum dan bertujuan untuk tujuan pendidikan sahaja.
Go to
Ikut Kami