Go to

Penyebab & Faktor Memburukkan Ekzema

Ekzema (atau dermatitis atopik) merupakan sejenis penyakit kulit yang dicirikan kulit mengalami kemerahan, kegatalan, kulit bersisik atau beretak. Muka surat ini adalah berbincang tentang penyebab dan faktor memburukkan ekzema.

Sesetengah golongan menganggapkan bahawa ekzema merupakan salah satu penyakit genetik. Walaubagaimanapun, kebenaran ini masih tidak diketahui serta tidak disahkan. Ekzema boleh disebabkan oleh kombinasi beberapa sebab-sebab termasuklah keturunan keluarga, jenis kulit, jangkitan kulit, keadaan persekitaran, system imun yang tidak berfungsi. Ekzema tidak akan berjangkit.

Sesetengah faktor seperti berikut dapat memburukkan keadaan eczema.

  • Menggaru/Menggosok Secara Berlebihan

    Menggaru dan menggosok dapat menyebabkan kulit tercedera dan seterusnya mengakibatkan jangkitan kulit.

  • Tekanan

  • Perengsa

    Sabun atau pembersih yang tidak sesuai, berpeluh, atau bahan lain yang dapat merengsakan kulit dapat memburukkan keadaan.

  • Alergen

    Termasuklah bulu, habuk, debunga dan lain-lain lagi. Dalam kalangan bayi dan kanak-kanak, sesetengah makanan (contoh: susu, ikan, kacang, soya, gandum dan sebagainya) dapat menyebabkan alahan.

  • Mandi Panas/Lama

  • Faktor Persekitaran

    Termasuklah suhu yang melampau, perubahan haba/kelembapan, pencemaran udara (contoh: rokok), bakteria/virus dan sebagainya.

Mencari klinik-klinik Rawatan Ekzema & Psoriasis yang dekat lokasi anda?

Semua maklumat yang diberikan di laman ini adalah umum dan bertujuan untuk tujuan pendidikan sahaja.
Go to
Ikut Kami