Go to

Ekzema

Pengenalan

Sebutan:

Dermatitis atopik, ekzema

Kategori perubatan:

Dermatologi

Jangkitan:

Tidak

Golongan:

Bayi, kanak-kanak

Diagnosis perubatan:

Bergantung

Keturunan keluarga:

Diwarisi

Rawatan perubatan:

Ada

Jangka panjang:

Ya

Kepulihan:

Mungkin sembuh secara semula jadi

Apakah ekzema? Apakah tanda-tanda dan gejala-gejalanya?

Ekzema merupakan sejenis penyakit kulit yang berlaku secara berterusan, tanda-tanda utama ekzema adalah kulit mengalami kemerahan, kegatalan, kulit bersisik atau beretak. Ekzema juga berkemungkinan beransur-ansur baik pulih. Penyakit kulit ini kerap muncul dalam kalangan bayi dan budak-budak, juga dapat mempengaruhi dewasa. Untuk pengetahuan anda, ekzema tidak akan berjangkit.

Apakah kesan negatif ekzema?

Kesan-kesan negatif ekzema termasuklah asma, demam alergi, jangkitan kulit, kulit yang sensitif, masalah tidur serta gangguan emosi.

Apakah yang menyebabkan ekzema?

Sesetengah golongan menganggapkan bahawa ekzema merupakan salah satu penyakit genetik. Walaubagaimanapun, kebenaran ini masih tidak diketahui serta tidak disahkan. Geseran yang berlebihan, tekanan ataupun persekitaran akan memburukkan masalah ini.

Adakah ekzema dapat dirawati?

Setakat ini, tidak ada rawatan yang dapat mengubati ekzema dengan sepenuhnya, tetapi wujudnya rawatan bagi mengubati gejala-gejala dan kesan-kesannya. Penjagaan diri secara teliti haruslah dilakukan bagi mencegah daripada memburukkan keadaannya.

Mencari klinik-klinik Rawatan Ekzema & Psoriasis yang dekat lokasi anda?

Semua maklumat yang diberikan di laman ini adalah umum dan bertujuan untuk tujuan pendidikan sahaja.
Go to
Ikut Kami
Erufu Care, yang dikenali sebagai MyDoc Asia sebelum ini.