APAKAH KAMI LAKUKAN:
Kepakaran kami adalah dalam merawati otot kronik dan sakit sendi pada bahagian belakang, lutut, leher, bahu, pergelangan tangan, siku, pinggul, pergelangan kaki, kaki dan ligamen lain, tendon dan otot.
APAKAH YANG DAPAT KAMI LAKUKAN UNTUK ANDA:
Rawatan kami adalah mengutamakan penyembuhan secara menyeluruh kepada semua pesakit kami, bukan sekadar penyembuhan sementara yang anda mendapat daipada alternatif untuk rawatan kesakitan.
BAGAIMANAKAH RAWATAN KAMI BERHASIL:
Dalam pengalaman kami, sekadar Fisioterapi adalah tidak mencukupi untuk hasil efektif secara berpanjangan. Tidak juga alternatif seperti kiropraktik, urut, osteopati atau ubat penahan sakit untuk keadaan kronik. Ini adalah salah satu sebab terdapat banyak rawatan alternatif di pasaran - sakit merupakan isu perubatan yang tidak disediakan secukupnya daripada pilihan semasa.
Hanya dijumpai di YAPCHANKOR, formula perubatan kami adalah digunakan untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan, dan juga mempercepatkan proses penyembuhan badan. Formula tersebut telah dicipta oleh Pakar Perubatan Cina sejak berabad-abad lalu bagi merawati kecederaan fizikal seperti kesan daripada kung fu dan seni mempertahankan diri.
Tambahan pula, pakar terapi kami yang dilatih serta disahkan akan membekalkan penilaian profesional dan diagnosis mengenai keadaan anda, dan seterusnya menggunakan kaedah fisioterapi yang sesuai, serta menekankan kaedah hands-on dan program senaman di rumah bagi meningkatkan kebolehan berfungsi anda. Secara puratanya, setiap sesi rawatan adalah sekurang-kurangnya 45 minit.
Kami adalah mengambil berat terhadap pesakit kami. Pakar terapi kami adalah ramah, mempunyai keghairahan terhadap penyembuhan, dan amat penyayang. Kepuasan kami adalah melihat pesakit kami meningkatkan kualiti kehidupan mereka selepas menerima rawatan kami.
KAJIAN KES PESAKIT & HASILNYA
Kajian melibatkan 82 orang pesakit yang telah menerima rawatan di Pusat Rawatan Kesakitan YAPCHANKOR dalam tempoh Jan – Jul 2012, ujian berikutnaya digunakan bagi mengukur hasil:
- Kesakitan - Skala Analog Visual "Visual Analogue Scale (VAS)"
- Julat Pergerakan (ROM)
- Kekuatan Otot - Ujian Otot Manual "Manual Muscle Test (MMT)"
| No. Pesakit | Jenis Kesakitan | Laporan Penilaian Penambahbaikan Secara Purata | Purata Tempoh Rawatan (Hari) | Purata Tempoh Rawatan Penjagaan Standard (Hari)1 |
|---|
| VAS | ROM | MMT |
|---|
| 57 | Akut | +72% | +107% | +33% | 10 | 105 |
| 25 | Kronik | +51% | +88% | +32% | 13 | 180 |
1 Kisner, C. & Colby, L.A. (2007). Therapeutic Exercise (5th Ed.)
HARGA RAWATAN
| Jenis Rawatan | Harga untuk Sesi Individu | Harga untuk Pelan Rawatan** | Pelan Diskaun |
|---|
| Tampalan Pertama* + Fisiotherapi | RM 106.00 | RM 63.60 | Anda Jimat 40% atau RM 42.40 |
| Tampalan Kedua* + Fisiotherapi | RM 106.00 | RM 63.60 | Anda Jimat 40% atau RM 42.40 |
| Setiap Tampalan Tambahan* + Fisiotherapi | RM 84.80 | RM 53.00 | Anda Jimat 38% atau RM 31.80 |
* Rujuk kepada tampalan perubatan proprietari YAPCHANKOR yang digunakan pada kawasan yang dipengaruhi bagi mengurangkan keradangan dan mempercepatkan penyembuhan.
Pelan Rawatan**
- 7 - SESI: KEADAAN AKUT (BARU)
- 10 - SESI: SUB-AKUT
- 14 - SESI: KRONIK (> 1 BULAN)
- 21 - SESI: KRONIK TERUK